------------------

Monday 12 December 2011

Tentukan jantina bayi dari carta kuno Cina

Tentukan jantina bayi dari carta kuno Cina

Carta kuno yang berasal dari Peking, China ini menarik perhatian seluruh dunia apabila dijumpai baru-baru ini tertanam di kawasan makam raja China berhampiran Peking. Ia kemudiannya dipamerkan di Institute Sains Beijing. Carta ini dipercayai berusia lebih 700 tahun. Panduan dari carta ini menjadi ikutan beribu-ribu pasangan suami isteri seluruh dunia dan ianya semakin popular apabila ramalan carta ini kebetulan 99% tepat.
Anda boleh memilih jantina bayi melalui carta ini samada inginkan anak lelaki atau anak perempuan. Melalui carta ini, para ibu dapat mengetahui jantina anak yang bakal lahir melalui umur ibu semasa persenyawaan berlaku.
Ehm mcm2 kan.. apa pun ianya terpulang kepada individu tersebut samada percaya atau tidak mengenai carta kuno ini mungkin ada sifat saintifik nya sbb ia berdasar kan pengiraan.Tapi sebagai orang islam perlu diingatkan kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Samada lelaki atau perempuan bayi tersebut, asalkan bayi itu sihat dan cukup sifat ia sangat memadai. Kita haruslah bersyukur dengan pemberian rezeki tersebut kerana banyak lagi pasangan yang tidak boleh melahirkan anak.Jika ianya terjadi pun hanyalah kebetulan...mungkin disebabkan kepercayaan kita pada kekuasaan Allah jadi Allah s.a.w memakbulkan tapi bukan mengharap 100%.Byk2 berdoa lah yepp...

No comments:

Post a Comment